Friday, July 22, 2011

tangan tak berseni



tak matang gila punya lukisan BAHAHA.lukis benda-benda lain aku tak reti.tapi kalau lukis awan,bulan, matahari tu memang aku hero ah.eh eh bukan.aku tak reti lukis bulan bintang.KAHKAH.awan dengan matahari je reti.



macam LAME gila kan.tapi aku peduli apa.KAHKAH.tak nampak rupa lukisan pun aku nak main lukis-lukis jugak tak kira.sindrom apa yang melanda sekarang ni aku pun tak berapa pasti.

sindrom nak kahwin mungkin?

KAHKAHKAH.

ok.sudah merepek.

hari ni aku nak bocor satu rahsia negara.dulu masa tingkatan 3 ada subjek pendidikan seni whatever tu.aku memang bukan hero ah subjek tu.tetiba ada kerja sekolah kena lukis bumbung rumah minangkabau.

WHOTTT?

YES bumbung rumah minangkabau.do you know how bumbung rumah minangkabau looks like?

Google

bagi manusia tangan tak berseni macam aku, kerja sekolah ni memang sungguh fear factor.dahlah kena lukis berdasarkan gambar yang diberikan.aik apesal ayat aku skema.kalau boleh main taram je memang aku tak berapa nak kisahlah sebab bab hentam keromo aku pun agak hero jugak HAHAHA.

tapi TAK BOLEH.kena ikut gambar yang cikgu bagi jugak.aku jadi manusia paling runsing dalam dunia.aku lukis-lukis, garis-garis, tak nampak-nampak macam rupa rumah minangkabau.macam rumah minangkerbau mungkin ada sikit [?].

nak kata aku punya rezeki lah kan, hujung minggu tu pulang bermalam.balik kampung lah kiranya.dan berdasarkan pengetahuan aku, bab melukis-lukis ni adik aku (angah) memang hero.i mean, kalau dia lukis memang gaya macam makhluk atas bumi.kalau aku yang lukis, ada gaya makhluk planet namik KAHKAHKAH.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

cikgu, kerja sekolah pendidikan seni yang kena lukis rumah minangkabau tu sebenarnya adik saya yang tolong lukiskan.saya tulis nama je dekat situ.

ampun cikgu.

Yang benar,
Izzati, yang kini 22 tahun

agak-agak aku kena denda tak sebab bagitau rahsia ni dekat cikgu aku sekarang?KAHKAH.

p/s: cikgu pendidikan seni aku dulu cantik wohhhh.hari-hari pakai kebaya dengan pin bunga ros besar-besar.hari lain warna lain.selalunya dia memang pakai matching warna dari tudung sampai kasut.kami syak, beliau buat pin bunga ros tu sendiri.sebab boleh kata semua warna ada.DIY orang putih kata.

6 comments:

HaFizaH aYu said...

bkat lukis u blh dicungkil ag ni,haha dulu xsuka gak lukis2 ni tp bila bljr nursing lukis2 ni mmg syok plak..smpai skunk suka lukis2 organ bhahaaa..

NOOR FATIN said...

tangan saya pn tak seni mana pn. haha lukis org lidi mmg pandai XD

awak, baca entry baru saya =p

sizuka[Izzati] said...

@hafizah: HAHAHA bab cungkil2 ni memg kna kerja keras lagi lah kan lol.uish korg yg belajar bab lukis2 organ haruslah tgn berseni ye tak :P

sizuka[Izzati] said...

@noor fatin: HAHAHA kita geng lah kalau camtuh.kihkih.

dah baca :)

NzA said...

hi.hi.hi......comel apa...

akak lak minat melukis..kalau zaman sk slalu kembang kempis hidung cz cikgu slalu puji2..entah cikgu ikhlas ke tidak xtaulh...hi.....

sizuka[Izzati] said...

hehehe.bese2 je kak.

hehehe mesti lukisan akak cantik2 kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...