First, pastikan anda sudah muat turun & install GIMP dalam komputer/macbook/pc masing-masing.kalau masih belum, klik sini.barang FREE lagi, serupa macam Photoscape.tak perlu Photoshop tapi masih boleh buat kerja ala-Photoshop.elehhhh Photoshop lagi hebat.bukan semua orang reti guna Photoshop yang complicated itu yawww.
baiklah.mari bermula.
1. click GIMP and you'll see your screen like this.
GNU Image Manipulation Program & Toolbox
2. set the background.
klik (File), lepas tu klik (New) to create a new image.jangan ubah apa-apa setting KECUALI setting (Fill with).tentang (Image size), tak perlu buat watermark yang terlalu besar mungkin.so saiz 640 x 400 ialah memadai. dekat setting (Fill with), tukar background colour kepada transparency.dan klik OK.2. set the background.
and you'll see your screen like this, with all these tiny boxes.ianya bermaksud, background image ialah transparent.
3. add your photos, and crop the image
tak kisah nak letak gambar sendiri ke gambar kartun ke what-so-ever.so pertama sekali, kita kena crop dulu gambar tu.
klik (File), dan klik (Open) untuk membuka imej lain.jangan risau sebab background transparent tu akan stay je dekat situ.cuma satu window lain yang akan keluar macam ini:
pilih gambar mana yang korang nak guna, dan klik OK.
dan akan keluar macam ini.macam yang saya kata tadi, jangan risau.window yang ada background transparent tu ada menyorok dekat belakang.hehe.
OK.masa untuk menggunting gambar.tengok dekat Toolbox, klik (Free Select Tool) yang rupanya ialah seperti jala ikan [?].operasi crop lebih mudah dijalankan dengan kehadiran tetikus.just click around the image.TAK PERLU gusar kalau ada masalah tangan ketar atau apabenda penyakit lain lagi.sebab boleh buat secara perlahan-lahan.
anak panah dalam gambar menunjukkan titik point.kalau guna (Free Select Tool), korang boleh crop image slow-slow.ibaratnya macam menyambungkan titik-titik.so kiranya korang just set dekat mana nak buat titik-titik tu.lagi banyak bucu, lagi banyak titik kena guna.sebab tool ni buat garisan straight je.dalam kotak pink belah kanan dalam area Toolbox, ada (Feather Edges).bermaksud, makin tinggi radius, makin smooth bahagian tepi imej yang korang crop tu.
pastikan titik akhir bertemu semula dengan titik yang permulaan tadi.
so, bila korang dah selesai susun titik-titik keliling imej yang korang nak guna tu, nanti korang akan nampak imej tu macam dikelilingi garisan putus-putus yang bergerak.
bermaksud, misi berjaya HAHAHA.ok so lepas ni kita kena bawak imej tu ke background kita yang transparent tadi.cara-caranya:
right-click, klik (Edit), klik (Copy Visible).
lepas tu bukak balik window yang ada background transparent tadi, right-click, klik (Edit) dan klik (Paste).
jeng jeng jeng~!harus nampak macam ini.kalau tidak berupa macam ini, something is wrong.
dan misi crop image berjaya.TAHNIAH~!ini ialah kejayaan pertama yang sungguh membanggakan.
4. add fonts
klik dekat huruf 'A' warna hitam dekat dalam Toolbox, nanti keluar kotak kecik iaitu (GIMP Text Editor).taip apabenda korang nak letak dekat atas watermark.
NOTE: dekat Toolbox, korang boleh ubah jenis Fonts, Colour dengan Size.yang kotak kecik bawah sekali tu, korang boleh ubah kalau nak buat huruf-huruf berjauhan antara satu sama lain.e.g: 'w o r l o f s i z u k a' instead of 'worldofsizuka'.
lepas dah siap ubah semua, insyaAllah korang akan nampak imej korang tu lebih kurang macam ni.
ada sahabat pernah cerita, hukum transparent ialah mengaplikasikan efek Alpha ke atas imej.kenapa, i don't know.
untuk efek Alpha, pastikan wordings anda berada dalam kotak garisan putus-putus warna kuning hitam.
klik (Layer), klik (Transparency) dan klik (Alpha to selection)
and again, ulat bulu akan muncul di sekeliling wordings anda.HAHA.
nak siap dah ni.sabar sabar.ok kalau nak save image, JANGAN save terus.pastikan korang tukar (Image Type), sebab kalau korang save image as JPG/JPEG/et cetera, tak tahu apa jadi.untuk buat transparent watermark, save image as GIF.ok ingat tu, GIF.
tengok dekat mana korang save image tu.kang tak pasal-pasal menangis tak jumpa watermark.kehkeh.
just simply click (Export).
so kalau korang try bukak guna Microsoft Office Picture Manager, korang akan nampak watermark korang tu macam ni.
bila dah ada watermark, mula rasa nak try test ye tak?haaaaa bolehlah try letak watermark tu dekat atas gambar mana-mana.kalau tak tahu, kalau nak guna Photoscape, boleh refer tutorial yang ini, how to put watermark on your photo.
selamat mencuba~!
haritu dah cuba buat tutorial video tapi macam leceh sangat, so I am back with print screen tutorial.tapi kalau ada siapa yang tak berapa faham lagi, sambil-sambil nak buat watermark tu kalau perlukan assistance boleh email (izzatinur33@yahoo.com) , takpun add je dekat Skype.(ID: sizukaizzati).
pergh.sejam kot taip tutorial:)
28 comments:
weewiiit...kemaen sekarang wat tutor..huhu
@cheq pp joy: sekadar kongsi ilmu.kehkeh.nak buat tutorial pasal blog, tak taiko mcm akak:P
thanks cikgu...=)
nnt prince nk try wat...
suke2 entri tutorial cam gini..senang paham...hee
maksudnya, nak dapatkan background transparent tu, lebih kurang sama cam adobe photoshop punya. klu guna adobe, save as PNG.
tahniah kerana berjaya buat tutorial yang superb! ;)
@prince: hehe sama-sama :)
wah nanti kalau dah siap upload lah boleh share hasilnya.hehe.
heee tq prince :)
@asada: kot.huhu.
hahaha superb ke.takut ada yg xpaham :P
hehe..im happy for u :) good tutorial, i will teach u PS next time..so nnt kite leh jd team..
@khairul: hehe.thanks syg.insyaAllah yay :)
wow! thanx! nanti nak cuba jugak la. hehe ;D
hehehe selamat mencuba~!
Akak buat watermark siap-siap pakai photoshop.
Then save as jpeg.
Lepas tu if nak letak watermark, I just use power point.
Hahahaaha. Simple & easy much. :P
@nailah: hehehe lain orang lain caranyaaaaaa~
sharing is caring....
hehehe betul betul betul
tq..senang je nampak..heheh..tapi xtau la lau rumit..hehe..
perkongsian yang bagus tuk blogger2..haha
hehehe insyaAllah harap2 mudah nak faham.hehe.
harap2 bagus lah.kekeke.
thnks..!! (^_^)
dh siap download...nk cari masa godek2 je.... ;)
hehehe pleasure :)
selamat mencuba~!
percubaan pertama..jadi...even part potong2 tu tk bape betul sngt...best..!!
terima kasih sekali lagi... ;)
hehehehe.alhamdulillah~!
insyaAllah lepas ni boleh jadi lebih pro :)
thank utk tuto ni.. nti leh cuba :)
hehehe selamat mencuba~!
cane nak move kan imgae to ke kanan siket ke.. ke kiri siket ke.. TT
kena movekan image tu sebelum buat benda lain.kiranya kasi setel semua, baru boleh continue benda lain.itulah leceh sikit guna GIMP.kena biar puas hati dulu baru boleh adjust :)
oooo ok2 cane nak flip vertically lak? horizontal je jumpe T.T
kalau flip tu not sure sebab tak pernah buat.huehuehue~
Jadi tapi bila dah save, open balik kenapa gambar tu jadi blurrr yek?
err.ada resize gambar tak?biasa kalau pixels xckup memg gmbr jd blur bila besarkan.huhu.
Post a Comment